Cara Meningkatkan Imunisasi Badan

By Azree Hanifiah on May 29, 2020
Macam mana nak ada badan yang sihat, kuat dan ada daya tahan yang tinggi terhadap jangkitan penyakit? Adakah dengan jaga diet? Bersenam? Atau pastikan cukup tidur selalu? Ketiga-tiganya ada dalam kitaran penjagaan kesihatan diri. Daya tahan badan kita ini berfungsi sebagai sistem, yang biasanya kita sebut sebagai sistem imunisasi tubuh. Apabila disebut sistem, ia kena […]

Macam mana nak ada badan yang sihat, kuat dan ada daya tahan yang tinggi terhadap jangkitan penyakit? Adakah dengan jaga diet? Bersenam? Atau pastikan cukup tidur selalu?

Ketiga-tiganya ada dalam kitaran penjagaan kesihatan diri.

Daya tahan badan kita ini berfungsi sebagai sistem, yang biasanya kita sebut sebagai sistem imunisasi tubuh.

Apabila disebut sistem, ia kena ada proses yang seimbang untuk berfungsi dengan baik.

Jadi, macam mana nak naikkan daya tahan tubuh kita?

Pintu pertahanan pertama sudah tentulah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

1. Makanan Secara Sihat

Makan secara sihat bermaksud kita mengambil menu yang sihat dan seimbang untuk kebaikan tubuh selain mengamalkan cara pemakanan yang baik.

Antaranya ialah kita berhenti sebelum kenyang, kunyah perlahan-lahan, makan ikut waktu, ambil minuman yang mencukupi dan mengawal kuantiti makanan yang diambil mengikut keperluan tubuh.

Nutrisi yang boleh didapati daripada makanan adalah booster semulajadi, kerana ia boleh memberi kekuatan dan mencegah serangan virus pembawa penyakit.

Selain makan secara sihat, selitkan juga bahan berikut dalam menu harian bagi menambah daya tahan tubuh:

Bawang Putih

Sejenis bahan yang terkandung dalam bawang putih disebut allicin, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Memakan satu setengah ulas bawang putih mentah setiap hari, ada banyak khasiatnya.

Jika tidak boleh menelannya begitu saja, boleh cuba makan bawang putih yang sudahpun dipanggang.

makanan kaya vitamin

Makanan Kaya Vitamin

Vitamin C sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, ia berperanan besar dalam menyumbangkan daya tahan kepada tubuh kita. Biasanya orang suka minum jus oren untuk dapatkan vitamin, namun keburukannya ialah minuman jus ada banyak gula.

Lebih bagus kita makan saja oren, brokoli atau kiwi tanpa sebarang campuran bahan lain.

Prebiotik

Prebiotik ialah makanan bagi bakteria baik. Bahan dalam prebiotik ini membantu fungsi bakteria baik dalam usus kita bagi menyerap nutrien dan seterusnya mempunyai sistem pencernaan yang sihat.

Sumber prebiotik boleh didapati dalam makanan seperti pisang, asparagus dan avokado.

Antioksidan

Tekanan boleh membuatkan kadar imunisasi menjadi rendah dan menyebabkan kita lebih terdedah kepada jangkitan. Oleh itu, banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan pelbagai warna seperti beri, lobak dan bayam yang mengandungi antioksidan.

Ia mampu melindungi diri daripada rasa tertekan serta menyokong kekuatan sistem badan.

Boleh juga amalkan madu tualang dan habbatus sauda.

2. Mengubah Gaya Hidup

Menjalani kehidupan di bawah tekanan yang berterusan boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan lebih banyak kortisol, iaitu sejenis hormon stres. Kemunculan kortisol akan mengurangkan keupayaan diri dan turut menyumbang kepada tidur yang tidak berkualiti.

Maka jaga kesihatan dan tingkatkan sistem imunisasi dengan beberapa perubahan dalam rutin kebiasaan:

terapi tidur imun tubuh

Tidur

Biasanya orang lebih senang bercakap daripada melakukannya, apatah lagi buat yang ada situasi insomnia. Tapi, setiap orang perlukan 7 hingga ke 8 jam tempoh tidur yang sempurna.

Utamakan tidur dan rehat.

Jika mahu cari kaedah terapi tidur yang bersesuaian, dapatkan khidmat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini.

Meditasi

Walaupun hanya 5 minit dikhaskan untuk bermeditasi atau sekadar duduk diam dan fokus pada teknik pernafasan, ia mampu mencipta perubahan baru.

Teknik meditasi dapat mengurangkan tekanan darah serta menstabilkan kadar degupan jantung.

Lagipun, ia suatu aktiviti yang menenangkan dan menyegarkan.

Senaman

Badan akan berfungsi lebih baik apabila kita bergerak aktif setiap hari. Tubuh yang cergas menghasilkan mental yang bersedia untuk melawan penyakit.

Boleh cuba amalkan senaman kardio sekurang-kurangnya 10 minit sehari bermula dari sekarang.

3. Sikap Mencerminkan Segalanya

Positif

Memiliki minda yang positif adalah paling penting bagi kestabilan emosi dan juga kesihatan.

Ada kisah lelaki yang cuba kuruskan badan, akhirnya gemuk balik dalam tempoh yang singkat sahaja. Kenapa?

Sebab dia tak dan stres dengan rutin untuk kuruskan badan itu.

Jadi kalau nak kuruskan badan, jangan terburu-buru ikut rutin yang menyeksa jiwa raga kita.

Kajian menunjukkan bahawa pemikiran positif mengurangkan tekanan dan mengelakkan sesak nafas. Manakala apa saja perasaan yang negatif boleh menyebabkan kita mudah dijangkiti demam selsema.

Motivasi

Mulakan hari dengan sesuatu yang bersemangat. Tarik nafas dan ucaplah kata-kata motivasi sebagai hadiah kepada diri sendiri.

Apabila anda cukup bersemangat pada waktu pagi, ia akan membantu anda kekal bermotivasi sehingga ke hujung hari.

Kebersihan

Salah satu cara lagi adalah menjaga kebersihan persekitaran dan mengambil langkah bagi mengelakkan jangkitan seperti membasuh tangan secara kerap dan membersihkan bahan masakan sebelum memasak.

Rehat

Hakikatnya walaupun berbekalkan tidur yang cukup dan ambil vitamin C, superhero juga boleh mendapat penyakit.

Apabila virus sudah tembus pertahanan, kita tetap akan sakit. Itu perkara biasa.

Apabila sudah sakit ambil masa untuk berehat, bertenang dan pulihkan tenaga sendiri.

Bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri, ia juga penting kepada semua orang yang berada di sekeliling kita. Tidak perlu menjadi penyebar virus kepada orang lain.

Maka, pastikan anda benar-benar sembuh dan cukup sihat sebelum kembali ke tempat kerja atau keluar ke tempat awam.

Article written by Azree Hanifiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

crossmenuarrow-down