Apakah Kelebihan Madu Quad Berbanding Yang Lain?

By Azree Hanifiah on June 21, 2020
Semua madu yang original Insya’allah bagus. Kami hanya perangi madu tiruan dan madu campuran. Madu palsu bukan sahaja merosak harga pasar malah menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Secara umum, kami menyakini bahawa madu yang terhasil secara semulajadi dari hutan liar adalah yang paling baik. Memandangkan hutan kita adalah hutan terkaya dunia dengan potensi biodiversiti alam floranya. […]

Semua madu yang original Insya’allah bagus.

Kami hanya perangi madu tiruan dan madu campuran.

Madu palsu bukan sahaja merosak harga pasar malah menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

Secara umum, kami menyakini bahawa madu yang terhasil secara semulajadi dari hutan liar adalah yang paling baik.

Memandangkan hutan kita adalah hutan terkaya dunia dengan potensi biodiversiti alam floranya.

Sesuai dengan nasihat pakar perubatan Islam abad pertengahan mengatakan “Madu dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak. Keunggulan kualitinya berhubung kait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dihisap oleh lebah” (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dalam kitab at-Thibb Nabawi)

Selain itu, madu hutan tidak perlu diternak atau diberi minum air gula sebagaimana kebanyakkan madu ternak.

Lebah hutan terkenal sangat kuat, berbisa, mampu mempertahankan dirinya sendiri, dan tidak perlu diberikan antibiotik untuk membunuh hama/pathogen penyebab penyakit.

Pengguna tidak perlu risau apakah madu mengandung antibiotik berbahaya chloramfenicol atau tidak sebagaimana yang diisukan baru-baru ini. Natural.

Dan madu tualang asli paling sukar ditiru sarangnya kerana bentuk sarang yang rawak (random). Tak boleh ditiru guna mesin kilang.

Article written by Azree Hanifiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

crossmenuarrow-down